PENGUMUMAN
ANDA BERMINAT ????
Tuesday, August 17, 2010
CARA MUDAH BELI SOLUSI DI KEDAI SAYA
Tuesday, June 15, 2010
Tuesday, March 9, 2010
HUKUM SYARIAH
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya.
Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-
1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan?
Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.
2. Menjadi Ahli
Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk:
Kit Permulaan Perniagaan = RM30
Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan)
Insuran Takaful RM20,000
Khairat Kematian RM3,000
Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan)
Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu:
1. Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian.
2. Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya).
3. Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan.
Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal.
Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan"Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.
Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari:
2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi
Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat.
2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi.
Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.
3. Menjadi Pengedar
Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300).
Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd)
3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor)
Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah.
3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan).
Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal.
Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :-
Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam.
3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan).
Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah.
3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV - Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian.
Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.
4. Menjadi Pemimpin
Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian.
Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhanJu’alah.
Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut:
4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat.
Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu.
4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) - Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini.
4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat).
Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.
Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam.
Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami.
Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami.
Wallahu’alam. Sekian.
Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed
Penasihat Syariah
Stormreaders Network Sdn Bhd
13 Ramadhan 1430H
Monday, January 25, 2010
Friday, January 22, 2010
PENGENALAN
Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Tambahan pula peningkatan bahan api telah mendedahkan mereka kepada kenaikan keperluan asas dan taraf kehidupan tanpa kawalan.
Menghadapi situasi ini jalan pintas menghadapi konflik ini, muslim tidak terkecuali perlu membuat keputusan, untuk mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Kemunculan berbagai skim perniagaan termasuk skim cepat kaya yang telah diharamkan merupakan suatu isyarat kepada kecenderungan masyarakat menghadapi situasi ekonomi ini. Cuma bagi seseorang muslim, hendaklah dipastikan supaya penglibatan dalam skim perniagaan moden ini adalah sah dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari perspektif Islam.
Islam secara dasarnya meletakkan beberapa prinsip bagi menjadikan sesuatu kerja yang dilakukan bertepatan dengan syarak dan sekaligus dinilai sebagi ibadah, iaitu niat yang baik, perlaksanaan yang selari dengan kehendak syarak,natijah yang dihasilkan adalah baik selain dari larangan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang asas dalam kerja-kerja yang terlibat.
Sebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan ini secara dasarnya berdiri di atas prinsip yang dinyatakan Allah dalam al-Quran : Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan …
Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.
Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Stormreaders turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang di peringkat awal.
Stormreaders meyakini bahawa kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam disebabkan kekurangan ilmu dan kekangan ekonomi , justeru produk yang difokuskan adalah berupa ilmu yang murni berpandukan buku-buku yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing . Mudah-mudahan dengan usaha yang dibayangi dengan ukhuwwah dan persahabatan Islam ini dapat menamatkan pergantungan setiap ahli pada orang lain.
Malah lebih dari itu plan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari , ia juga bertujuan melahirkan golongan elit muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan lebih dirasai. Golongan dalaman yang akan sentiasa dinyalakan kelahiran Stormreaders juga disasarkan untuk merealisasikan kelahiran generasi yang teguh prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Storm Readers turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan bagi mempastikan setiap ahli
Ayuh ! sematkan dalam hati sanubari anda, bahawa dengan menyertai plan ini anda sebenarnya ingin memperbaiki gaya berfikir anda,memotivasikannya,meningkatkan ilmu,mengamalkan petua-petua dan doa-doa yang terdapat dalam amalan Nabi s.a.w,menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bahagia,berdakwah kepada orang lain,menjadi penasihat dan pembimbing kepada hidup yang lebih berkualiti…intipatinya adalah seruan Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari ) Selamat Berjaya !
Plan perniagaan ini juga bertujuan ke arah melahirkan usahawan muslim yang mampu hidup mulia berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain selari dengan pujian Nabi terhadap Nabi Daud a.s yang hidup mulia kerana bekerja sendiri. dan berjati diri serta mampu melakukan anjakan paradigma memperbaiki mentaliti kebergantungan kepada orang lain tanpa mengembangkan kemampuan diri yang sebenarnya. |